LRT Sarawak, Projek Tidak Masuk Akal - Chong


KUCHING:  Rancangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) bagi menghubungkan Kuching, Serian, Kota Samarahan dan Santubong adalah tidak realistik dan tidak masuk akal, kata Pengerusi Parti Tindakan Demokrati (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen.
"Jika Abang Johari meneruskan rancangan itu, beliau mungkin akan menghabiskan rizab Kerajaan Sarawak berjumlah RM28 bilion hanya untuk satu projek," katanya seperti dipetik Utusan Borneo.

Chong berkata untuk menghubungkan empat kawasan itu memerlukan landasan LRT sepanjang 129 kilometer (km) tidak termasuk landasan yang menghubungkan kawasan perumahan dan perniagaan dalam bandar.

"LRT di kawasan Lembah Klang yang mempunyai kira-kira tujuh juta penduduk masih mengalami kerugian, sedangkan kawasan Kuching, Serian, Kota Samarahan dan Santubong yang hanya memiliki kurang dari satu juta penduduk.

"Oleh itu, saya menggesa Abang Johari untuk berhenti dengan idea LRT," ujarnya. 

- Sarawakiana Wednesday, 20 December 2017