Chong dakwa kecewa KM tidak utama isu royalti minyak, gas

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen kecewa dengan tindakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem tidak mengutamakan agenda permintaan kenaikan royalti minyak dan gas terhadap kerajaan persekutuan.

Menurutnya, isu royalti itu sepatutnya dijadikan perkara pertama dalam agenda rundingan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
“Adenan Satem ternyata melengah-lengahkan membincangkan perkara ini, sebaliknya mengutamakan agenda penurunan kuasa autonomi negeri,” jelasnya.
Chong berkata demikian ketika mengulas berkenaan persoalannya terhadap perbincangan isu royalti minyak dan gas Sarawak dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.
Menjelaskan perkara itu, beliau hanya bertanyakan perkembangan terbaharu rundingan tersebut namun soalannya telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.
“Saya cuma mahu mendapatkan status terkini berhubung permintaan royalti minyak dan gas Sarawak daripada lima peratus kepada 20 peratus.
“Ini kerana masa sekarang amat sesuai untuk mendapatkan hak kenaikan royalti hasil minyak dan gas daripada kerajaan persekutuan,” katanya.
Sebaliknya, beliau kecewa selepas tindakannya untuk bertanya soalan tersebut tidak dibenarkan.
Chong juga Ahli Parlimen Bandar Kuching mendakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak memberi sokongan penuh terhadap pindaan usul dibentang dalam persidangan.
“Ia berkaitan usul permohonan kenaikan royalti minyak dan gas Sarawak yang ditolak Speaker Dewan Rakyat, malah ahli parlimen BN juga tidak menyokong usul ini.
“Mereka turut membenarkan rakan-rakan lain menolak usul tersebut,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa.
- Utusan Borneo March 26,2016

Popular posts from this blog

张健仁:连部长都搞不清 “831是国庆或独立日?”

东西马差距大 练习本售价不一

商场送风机割伤指案 火箭争获警方调查