Chong digantung sifatkan bajet S'wak seperti akaun David Copperfield

-malaysiakini 15/12/2015
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Chong Cheing Jen digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini kerana menyifatkan Bajet Sarawak seperti akaun ahli silap mata David Cooperfield.
Speaker Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar membuat keputusan itu selepas menerima usul yang dikemukakan Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh untuk menggantung Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak setelah beliau enggan manarik balik rujukannya kepada bajet negeri sebagai perakaunan David Copperfield.
Terdahulu semasa mencelah ucapan penggulungan Wong, Chong berkata bajet negeri adalah defisit tetapi secara magis bertukar menjadi bajet lebihan seperti apa yang dipanggil juruakaun profesional sebagai akaun kreatif dan merujuknya sebagai akaun David Copperfield.
Disoal sama ada beliau bermaksud bajet yang dibentangkan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem minggu lalu sebagai ilusi, Chong enggan mengaku tetapi bertegas dengan merujuknya sebagai akaun David Copperfield.
Mohamad Asfia kemudiannya membuat undian untuk menggantung Chong dengan 32 Adun menyokong, 12 orang menentang dan seorang berkecuali.
Esok merupakan hari terakhir persidangan Dewan.
- Bernama

Popular posts from this blog

张健仁:连部长都搞不清 “831是国庆或独立日?”

东西马差距大 练习本售价不一

商场送风机割伤指案 火箭争获警方调查