Questions for Parliament sitting

My 12 questions submitted to the Parliament for the third sitting of this year which will commence on 18-8-2008.

1. Chong Chieng Jen minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah tindakan yang akan diambilkan atas masalah dua bangunan bilik darjah di SMB Kuching High, Kuching yang telah diikhtirafkan sebagai “bangunan yang bahaya” dan samada tindakan tersebut akan disegerakan oleh kerajaan.

2. Chong Chieng Jen minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan sebab-sebab masalah kekurangan diesel subsidi yang dihadapi oleh nelayan-nelayan tempatan di Sarawak dan apakah tindakan yang akan diambilkan oleh kerajaan untuk meneyelesaikan masalah tersebut.

3. Chong Chieng Jen minta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah murid belajar di sekolah rendah di Sarawak and angka pecahan jumlah murid Bumiputra dan Bukan Bumiputra yang belajar di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam tahun 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008.

4. Chong Chieng Jen minta Menteri Pelajaran menyatakan sebab-sebab masalah kekurangan guru di SJKC yang terwujud sepanjang masa ini dan apakah langkah-langkah baru yang akan diambilkan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

5. Chong Chieng Jen minta Menteri Pelajaran menyatakan samada kerajaan akan menukarkan polisi sepanjang masa ini yang memarginalisasikan SJKCs dan SJKTs dari segi Dana Pembangunan supaya SJKCs dan SJKTs akan diagihkan peruntukan yang seimbang dengan peratusan jumlah murid-muridnya berbanding dengan Sekolah-sekolah Kebangsaan.

6. Chong Chieng Jen minta Perdana Menteri menyatakan kenapa kebelakangan ini kerajaan sering menegaskan perpaduan Orang Melayu sedangkan perpaduan semua Rakyat Malaysia seharusnya menjadikan agenda terutama Negara kita.

7. Chong Chieng Jen minta Perdana Menteri menyatakan samada kerajaan berniat mengkajibalik dengan keseluruhannya pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang kian disalahgunakan untuk memperkayakan segelintir kumpulan yang berkaitan dengan pemimpin-pemimpin politik.

8. Chong Chieng Jen minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah perangsang ekonomi yang akan dilaksanakan di Sarawak dan kaedah-kaedah untuk meringankan beban kehidupan rakyat di Sarawak.

9. Chong Chieng Jen minta Perdana Menteri menyatakan bilakah kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sepertimana yang disarankan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.

10. Chong Chieng Jen minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah halangan dari segi undang-undang yang melarangkan pengimpotan simen (cement) dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan apakah sebab-sebab kewujudan larangan tersebut.

11. Chong Chieng Jen minta Perdana Menteri menyatakan samada Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) telah dijalankan atas cadangan Kerajaan Sarawak untuk membina 12 lagi empangan hidroelektrik di Sarawak. Apakah hasil laporan tersubut.

12. Chong Chieng Jen minta Perdana Menteri menyatakan samada kerajaan akan melaksanakan “open air” polisi di Sarawak dengan membenarkan lebih banyak syarikat penerbangan antarabangsa datang ke Sarawak demi pembangunan industri pelancongan Sarawak.


Sekian Terima Kasih.


Yang benar




----------------------
Chong Chieng Jen